Photobucket

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI

KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN SILA EMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN MELALUI mekar2010@yahoo.com

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Sunday, November 7, 2010

Selamat Bersara


November setelah 34 tahun berada dalam bidang pendidikan. Beliau akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) selepas meninggalkan Putrajaya.

Dalam nada sedih berbaur gembira, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) itu memberitahu Utusan Malaysia bahawa beliau akan meneruskan kelangsungan darah pendidik yang mengakar umbi dalam dirinya melalui YGMB.

Ketika ditanya, bagaimanakah beliau mahu dikenang setelah melangkah keluar dari bilik KPPM, Alimuddin berkata, biarlah dia dikenali sebagai KPPM yang berjiwa guru biasa kerana banyak usaha beliau tertumpu kepada usaha memartabatkan profesion perguruan melalui beberapa dasar kerajaan sama ada secara langsung atau tidak.

Kerjaya Alimuddin bermula pada 1976 sebagai guru siswazah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak, diikuti sembilan sekolah lain termasuk Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum menjadi Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Ketua Jemaah Nazir dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah).

Beliau memegang jawatan profesional tertinggi bidang perguruan sebagai KPPM bermula 16 Julai 2007 sehingga sekarang.

Harapan Tan Sri kepada guru :

Saya harap guru jangan menconteng arang kepada profesion perguruan. Jaga nama baik profesion itu. Ada guru yang melanggar tata susila profesion itu, antaranya penyelewengan wang, gangguan seksual, terlibat dengan najis dadah dan juga perbuatan jenayah.

Saya sangat memberi perhatian, dan selalu saya tekankan, tidak sepatutnya guru melakukan perbuatan ini. Biarlah kita sentiasa disanjung oleh masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

Marquees

JAWATANKUASA MEKAR

Pengerusi

Lutfee Ismail Bin Amir - SK. Seksyen 7, S.Alam

Naib Pengerusi

Abd. Rashid Bin Razali - SK.Alam Megah 3, S.Alam

Setiausaha

Alimah Binti Mohd Taib -SK.Seksyen 20 S.Alam

Naib Setiausaha

Ungku Mariam Bt Ungku Mahmood -SK Sri Selangor,S.Jaya

Bendahari

Yeoh Suat Chu - SK USJ 12 S.Jaya

Naib Bendahari

Zuraida Binti Osman -SK Seksyen 24 S.Alam

Ahli Jawatankuasa

Ishak Bin Kamiju -SK. Seksyen 6 S.Alam

Sapiah Binti Jaffar - SK Subang Bestari

Mohamad Jabir Bin Abd Karim -SK.USJ 20, S.Jaya

Ee Say Chuon -SJKC Serdang Baru 2

Normah Binti Nasir -SK.TUDM Subang

Roziah Binti Abdul Ghani -SK.Subang Jaya

Aminah Binti Sasemen -SK.Seksyen 9 S.Alam

Siti Rohana Binti Bahaman -SKUSJ 2,S.Jaya

Mazli Bin Bojo -SK. Dato' Onn Jaafar

Jamhari Bin Hamid -SK Puchong Utama 3

Juru Audit Dalaman

Norsatilah -SK.Shah Alam

AJK Khas

Too Lee Eng -SK Seafield

Khairi Anuar Bin Mohamed Yusop -SK Seksyen 1 Bdr. Kinrara