KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008

pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah membuka pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015 mulai 1 Mac hingga 30 Mac 2013.

PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI

Guru-guru dikehendaki mengemaskini data e-operasi bermula 1 Mac hingga 20 Mac menggunakan Id dan password masing-masing. Sebarang pembetulan harus dimaklumkan kepada Penolong Kanan Pentabiran atau PK1

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Semua guru dikehendaki mengemaskini TOV 2013 dan pendaftaran Ujian Bulanan 1 bagi sesi 2013 kerana SAPS telah dibuka

TAWARAN BARU KEPADA GURU BESAR

Tahniah kepada sekolah yang berjaya terpilih menerima tawaran baru kepada Guru Besar

Photobucket

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI

KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN SILA EMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN MELALUI mekar2010@yahoo.com

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Saturday, July 31, 2010

TEMA HARI KEBANGSAAN KE-53


KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- '1Malaysia Menjana Tranformasi' menjadi tema sambutan bulan kemerdekaan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 tahun ini.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan dari 1 Ogos hingga 16 Sept ini."Kita akan merayakan kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam sifat Malaysianya yang paling besar dan meliputi pelbagai kepentingan."Mulai 1 Ogos sampai 16 September kita akan libatkan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia dan kita akan menjana program berasas kepada 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Merdeka di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari Khamis.



-- BERNAMA

DGA 32 KUP ke DGA32 hakiki


Kementerian Pelajaran telah bersetuju berhubung perlaksanaan Pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma ( PPPLD ) DGA32 KUP ke jawatan-jawatan hakiki di sekolah, PPD, JPN dan Bahagian- bahagian di Kementerian Pelajaran bermula 2010.


Rayuan Menghakikikan Jawatan DGA32 (KUP) Ke DGA32 hakiki Di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)


Friday, July 30, 2010

Semakan dan Pendaftaran Murid Tahun 1 ( 2011 - 2012 )


PENGENALAN SISTEM

Melalui pelaksanaan Elektronik Sistem Pengurusan Penempatan Murid (eSPP) operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Jabatan jpn_pelajaran Negeri Selangor dilaksanakan melalui aplikasi atas talian (online).

Friday, July 23, 2010

Soalan Percubaan UPSR 2010

MEKAR sedang berusaha untuk upload soalan percubaan UPSR untuk digunakan oleh semua pengguna menggunakan soalan tersebut sebagai panduan ataupun latihan kepada semua murid atau bolehlah dijadikan sebagai latih tubi di dalam kelas.

Kami juga berharap agar mendapat kebenaran daripada semua negeri bagi kegunaan bersama.

Tuesday, July 20, 2010

Penarafan Bintang Bilik Sains








Salam. Panduan menggunakan aplikasi ini :

1. Guru Besar/GPK/Ketua Panitia mengisi borang dengan lengkap
2. Guru Besar mengesahkan borang yang diisi dengan LENGKAP
3. Masukkan data ke dalam aplikasi (gunakan MS ofis 2003; jika 2007 sila enable all macro terlebih dahulu). Install aplikasi dengan double klik pada ikon aplikasi tersebut. Aplikasi akan diinstall di C dalam folder PMBS secara automatik.
4. Eksport data sekolah dan hantar ke PPD melalui e-mail atau disket. Pastikan data dihantar dalam bentuk text file.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya.
Terima kasih.

cikgujulia_62@yahoo.com

SILA DOWNLOAD DI RUANGAN ATAS SEBELAH KIRI IAITU DOWNLOAD ATAU KLIK DISINI PENARAFAN BINTANG BILIK SAINS

Sunday, July 18, 2010

Bahan-bahan boleh di download

Kepada semua pengunjung

Tuan/puan boleh download segala bahan yang diletakkan di dalam blog ini. Semua bahan akadang kala diambil dari blog atau web site yang lain.

Monday, July 12, 2010

PTK OKT 2010

Tarikh : 16 Okt 2010 ( Sabtu )

DG41, DGA29, DG17, N22, W22, C22, J22, N17, C17 dan J17

9:00 - 10:00 pagi - Generik
11:00 - 12:00 tengahari - Fungsional

DG44 dan DGA32

2:00 -3.00 petang - Generik
4:00 -5:00 petang - Fungsional

PROSES PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU

Ditulis oleh Pengurusan Sekolah
Jumaat, 04 Jun 2010 17:35
Kepada
Semua Guru Besar
SK/SJK(C)/SJK(T)
Semua sekolah dikehendaki mengemaskini alamat murid tahun enam (2010) dalam sistem Borang Maklumat Murid (BMM). Pengemaskinian tersebut mesti diselesaikan sebelum atau pada 31 Julai 2010.
Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan urusan penempatan ke tingkatan satu akan dimaklumkan kelak.

Sekian, terima kasih.

Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 04 Jun 2010 17:53

Kemasukan Murid Prasekolah

- SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH

1 - Warganegara Malaysia.
2 - Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa.
3 - Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan “Ranking” Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
4 - Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang.
5 - Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah

Syarat seterusnya sila klik disini

Pendaftaran Murid Tahun 1 (2011)

Permohonan Pendaftaran Lewat telah dibuka semula khusus untuk kanak-kanak (warganegara) yang dilahirkan pada 02/01/2004 hingga 01/01/2005 yang wajib bersekolah pada Sesi Persekolahan 2011 tetapi belum membuat permohonan sehingga tarikh tutup operasi pada 30 April 2010. Sila uruskan permohonan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan menjelang pembukaan Sesi Persekolahan 2011.


Permohonan Penempatan Tahun Satu Sesi persekolahan 2012 (anak kelahiran pada 02/01/2005 danselepasnya) dijangka akan dibuka semula pada bulan Februari 2011. Ibu bapa / penjaga yang belum mendaftarkan permohonan anak pada operasi 2010 diminta membuat permohonan ketika operasi pendaftaran Sesi Persekolahan 2012 dan 2013 dibuka semula pada tahun hadapan.


Untuk pertanyaan sila hubungi meja bantuan eSPPSel Unit Pengurusan Sekolah Rendah di talian03-55186599, 0355186516, 55186517, 03-55186518, 03-55186515 atau email ke
othman.md@moe.gov.my

Terima kasih.

PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH


1. Program ini adalah satu mekanisme komprehensif yang dirangka khusus oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dan pihak McKinsey Consultant, untuk membantu setiap sekolah meningkatkan keberhasilan murid secara konsisten.

2. Program ini mempunyai tiga komponen utama. Pertama ialah penarafan tahap pencapaian sekolah ( banding sekolah) berdasarkan Skor Komposit Sekolah yang mengambilkira GPS dan skor SKPM. Melalui penarafan ini, setiap sekolah akan mengetahui kedudukan masing-masing dari segi prestasi akademik murid dan kualiti pengurusan sekolah secara keseluruhan. Dengan adanya maklumat ini, pihak sekolah akan dapat menentukan garis mula proses peningkatan prestasi sekolah dan menetapkan sasaran yang realistik.

3. Kedua, setiap sekolah akan dibekalkan dengan “tool kit” pembangunan prestasi sekolah, iaitu satu instrumen penilaian kendiri secara on-line yang akan membantu setiap sekolah untuk menilai pencapaian semasa, mengenalpasti bidang-bidang yang perlu ditambahbaik dan menyediakan pelan tindakan penambahbaikan secara terarah. Sebagai contoh, melalui penilaian pencapaian sekolah secara kendiri, guru besar atau pengetua dapat mengesan kelemahan murid dalam mata pelajaran tertentu. Justeru, langkah seterusnya ialah mengenalpasti punca kelemahan tersebut dan merancang tindakan susulan untuk mengatasinya. Jika kelemahan itu berpunca daripada kaedah pengajaran yang kurang berkesan, maka guru besar atau pengetua boleh mengambil inisiatif melaksanakan program bimbingan untuk guru-guru mata pelajaran berkenaan dan memantau perkembangannya dari masa ke semasa.

4. Keunikan program ini ialah pihak sekolah tidak akan dibiarkan bersendirian dalam usaha untuk melonjakkan prestasi masing-masing. Setiap sekolah akan dibantu oleh Kementerian melalui satu program sokongan yang dikenali sebagai “service line” yang merupakan komponen ketiga program pembangunan prestasi sekolah. Berdasarkan keperluan setiap sekolah yang telah dikenalpasti melalui aplikasi “tool kit”, pihak Kementerian akan memberikan bantuan tambahan kepada sekolah-sekolah yang paling memerlukan, terutamanya sekolah-sekolah berprestasi rendah. Ini termasuklah menyediakan bimbingan kepada kepimpinan sekolah, melaksanakan program pembinaan keupayaan guru dan membekalkan alat-alat bantuan mengajar tambahan mengikut keperluan. Bantuan yang diberikan ini adalah bertujuan untuk membantu pihak sekolah mengatasi kelemahan dan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.


dipetik dari Portal KPM

Jawatan Luar Norma Di Sekolah Rendah

Senarai berikut adalah berdasarkan maklumat dalam EMIS.
1 Guru Besar
2 Penolong Kanan Akademik
3 Penolong Kanan HEM
4 Penolong Kanan Kokurikulum ( bagi Gred A sahaja)
5 Penolong Kanan Petang
6 Guru Pakar / Guru Cemerlang
7 Guru Bimbingan
8 Penyelaras Bestari
9 Guru Media
10 Guru J-QAF
11 Guru Pemulihan

Jawatan luar norma adalah seperti yang dinyatakan dalam surat lantikan.

Friday, July 9, 2010

Jadual Waktu UPSR 2010 ( draf)

Salam kepada semua Penolong Kanan

Sila semak draf jadual waktu UPSR 2010 daripada link di bawah

sila klik disini

Thursday, July 8, 2010

Kurikulum baharu tahun depan


ARKIB : 11/06/2010 Utusan Malaysia Online



DALAM tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, (RMK-10) kurikulum baharu untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan.


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah tahun depan diikuti dengan kurikulum baharu untuk sekolah menengah.


Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka


Pemansuhan UPSR, PMR beri kesan industri tuisyen

Oleh Syuhada Choo Abdullah2010/07/08 Berita Harian Online

Penggiat sektor pendidikan rayu kementerian kaji mendalam

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) didakwa akan memberi kesan kepada industri tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang bernilai jutaan ringgit.
Selain menjejaskan operasi syarikat atau pusat terbabit dalam industri berkenaan, keputusan itu sekiranya diambil oleh Kementerian Pelajaran akan turut menutup `periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan mereka yang tidak mencukupi.

baca seterusnya

Saturday, July 3, 2010

PENGISIAN LINUS - SARINGAN 2

Kepada Guru Besar,Pengisian LINUS untuk saringan 2 akan bermula dari 12 - 24 Julai 2010. Harap maklum.

klik disini
SMS

Salam Sejahtera kepada semua ahli MEKAR

Pihak ADMIN akan menggunakan SMS bulk untk menghantar segala maklumat serta siaran yang diberikan oleh PPD Petaling Perdana. Sila pastikan tuan puan memberi no telefon bimbit yang boleh digunakan bagi memudahkan pihak kami menghantar SMS tersebut.
SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

Marquees

JAWATANKUASA MEKAR

Pengerusi

Lutfee Ismail Bin Amir - SK. Seksyen 7, S.Alam

Naib Pengerusi

Abd. Rashid Bin Razali - SK.Alam Megah 3, S.Alam

Setiausaha

Alimah Binti Mohd Taib -SK.Seksyen 20 S.Alam

Naib Setiausaha

Ungku Mariam Bt Ungku Mahmood -SK Sri Selangor,S.Jaya

Bendahari

Yeoh Suat Chu - SK USJ 12 S.Jaya

Naib Bendahari

Zuraida Binti Osman -SK Seksyen 24 S.Alam

Ahli Jawatankuasa

Ishak Bin Kamiju -SK. Seksyen 6 S.Alam

Sapiah Binti Jaffar - SK Subang Bestari

Mohamad Jabir Bin Abd Karim -SK.USJ 20, S.Jaya

Ee Say Chuon -SJKC Serdang Baru 2

Normah Binti Nasir -SK.TUDM Subang

Roziah Binti Abdul Ghani -SK.Subang Jaya

Aminah Binti Sasemen -SK.Seksyen 9 S.Alam

Siti Rohana Binti Bahaman -SKUSJ 2,S.Jaya

Mazli Bin Bojo -SK. Dato' Onn Jaafar

Jamhari Bin Hamid -SK Puchong Utama 3

Juru Audit Dalaman

Norsatilah -SK.Shah Alam

AJK Khas

Too Lee Eng -SK Seafield

Khairi Anuar Bin Mohamed Yusop -SK Seksyen 1 Bdr. Kinrara