TEMA HARI KEBANGSAAN KE-53
Author: Admin MEKAR // Category:KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- '1Malaysia Menjana Tranformasi' menjadi tema sambutan bulan kemerdekaan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 tahun ini.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan dari 1 Ogos hingga 16 Sept ini."Kita akan merayakan kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam sifat Malaysianya yang paling besar dan meliputi pelbagai kepentingan."Mulai 1 Ogos sampai 16 September kita akan libatkan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia dan kita akan menjana program berasas kepada 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari Merdeka di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini hari Khamis.
-- BERNAMA