KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008

pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah membuka pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015 mulai 1 Mac hingga 30 Mac 2013.

PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI

Guru-guru dikehendaki mengemaskini data e-operasi bermula 1 Mac hingga 20 Mac menggunakan Id dan password masing-masing. Sebarang pembetulan harus dimaklumkan kepada Penolong Kanan Pentabiran atau PK1

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Semua guru dikehendaki mengemaskini TOV 2013 dan pendaftaran Ujian Bulanan 1 bagi sesi 2013 kerana SAPS telah dibuka

TAWARAN BARU KEPADA GURU BESAR

Tahniah kepada sekolah yang berjaya terpilih menerima tawaran baru kepada Guru Besar

Photobucket

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI

KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN SILA EMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN MELALUI mekar2010@yahoo.com

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Friday, October 22, 2010

Pelan Integriti Organisasi (PIO)

Kepada semua Penolong Kanan

PIO perlu diisi dan dihantar kepada PPD pada atau sebelum 3 hb Nov 2010 ( Rabu ).

PIO haruslah diketuai oleh Penolong Kanan.

Terima Kasih

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tuesday, August 31, 2010

Polis siasat Guru Power

Harian Metro 31/8/2010
JOHOR BAHRU: Polis sudah menjalankan siasatan terhadap aduan bapa seorang pelajar berkaitan tindakan seorang ketua guru disiplin sebuah sekolah di sini, yang didakwa mengedarkan risalah ubat perangsang seks kepada pelajar terbabit, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya yang menerima aduan berkenaan juga bakal mendapatkan maklumat daripada Jabatan Pelajaran Johor bagi menyiasat perkara itu.

“Selain Jabatan Pelajaran Johor, polis turut merujuk aduan berkenaan kepada Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan bagi mengenal pasti sama ada produk yang didakwa diedar oleh guru itu mempunyai kelulusan.

“Kami juga akan mengambil keterangan daripada pengadu dan guru berkenaan,” katanya mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan guru disiplin didakwa mengedar risalah ubat perangsang seks kepada pelajarnya.

Mana Perginya guru lelaki

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my
2010/08/30

ENTAH di mana silapnya dunia pendidikan kini berdepan masalah lambakan guru wanita manakala lelaki pula lebih selesa memilih bidang pekerjaan lain.

Alasan kurang mencabar, tidak sesuai dengan jiwa dan gaji sedikit antara faktor penolakan menyebabkan guru wanita mendominasi bidang perguruan biarpun pelbagai usaha dilakukan bagi menarik golongan lelaki.

Berikutan ketidakseimbangan jantina itu, timbul persoalan, sampai bilakah senario ini akan berterusan?

Tokoh Guru Kedah Sayed Mahdzir Sayed Omar, berkata lambakan itu bukannya disebabkan golongan lelaki terlalu memilih, tetapi tawaran kerjaya lain lebih menarik.

Beliau berkata, dulu bidang kerjaya terhad, kini dengan perkembangan ekonomi memberangsangkan, wujud pelbagai bidang pekerjaan yang memerlukan kepakaran tertentu.

"Sesetengah lelaki memilih bidang perguruan, mungkin gagal mendapat pekerjaan lain di luar atau guru adalah pilihan terakhir mereka.

Permohonan Pendaftaran Lewat Tahun 1 ( 2011 )

Permohonan Pendaftaran Lewat telah dibuka semula khusus untuk kanak-kanak (warganegara) yangdilahirkan pada 02/01/2004 hingga 01/01/2005 yang wajib bersekolah pada Sesi Persekolahan 2011 tetapi belum membuat permohonan sehingga tarikh tutup operasi pada 30 April 2010. Sila uruskan permohonan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan menjelang pembukaan Sesi Persekolahan 2011.Permohonan Penempatan Tahun Satu Sesi persekolahan 2012 (anak kelahiran pada 02/01/2005 danselepasnya) dijangka akan dibuka semula pada bulan Februari 2011. Ibu bapa / penjaga yang belum mendaftarkan permohonan anak pada operasi 2010 diminta membuat permohonan ketika operasi pendaftaran Sesi Persekolahan 2012 dan 2013 dibuka semula pada tahun hadapan. Untuk pertanyaan sila hubungi meja bantuan eSPPSel Unit Pengurusan Sekolah Rendah di talian 03-55186599, 0355186516, 55186517, 03-55186518, 03-55186515 atau email ke

Terima kasih.
Jabatan Pelajaran Selangor

Perutusan Sempena Hari Kebangsaan 2010

Monday, August 23, 2010

Nilai Taraf Ijazah Sarjana Muda Pengajaran OUM

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan. Klik Disini untuk melihat senarai.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.

TETAPKAN CUTI SABTU, AHAD

Untuk makluman hari Sabtu Minggu 1 dan ke -3 adalah cuti bagi agensi kerajaan mahupun swasta. Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 dibenarkan agensi menjalankan aktiviti mengikut keperluan. berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 8 Tahun 2005. bertarikh 5 Disember 2005. sila klik disini

KPM menjawab surat Norhisyam dari Kuala Kedah sila klik disini
SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

Marquees

JAWATANKUASA MEKAR

Pengerusi

Lutfee Ismail Bin Amir - SK. Seksyen 7, S.Alam

Naib Pengerusi

Abd. Rashid Bin Razali - SK.Alam Megah 3, S.Alam

Setiausaha

Alimah Binti Mohd Taib -SK.Seksyen 20 S.Alam

Naib Setiausaha

Ungku Mariam Bt Ungku Mahmood -SK Sri Selangor,S.Jaya

Bendahari

Yeoh Suat Chu - SK USJ 12 S.Jaya

Naib Bendahari

Zuraida Binti Osman -SK Seksyen 24 S.Alam

Ahli Jawatankuasa

Ishak Bin Kamiju -SK. Seksyen 6 S.Alam

Sapiah Binti Jaffar - SK Subang Bestari

Mohamad Jabir Bin Abd Karim -SK.USJ 20, S.Jaya

Ee Say Chuon -SJKC Serdang Baru 2

Normah Binti Nasir -SK.TUDM Subang

Roziah Binti Abdul Ghani -SK.Subang Jaya

Aminah Binti Sasemen -SK.Seksyen 9 S.Alam

Siti Rohana Binti Bahaman -SKUSJ 2,S.Jaya

Mazli Bin Bojo -SK. Dato' Onn Jaafar

Jamhari Bin Hamid -SK Puchong Utama 3

Juru Audit Dalaman

Norsatilah -SK.Shah Alam

AJK Khas

Too Lee Eng -SK Seafield

Khairi Anuar Bin Mohamed Yusop -SK Seksyen 1 Bdr. Kinrara