10:13 AM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN
MESYUARAT PENOLONG KANAN AKAN DIADAKAN MENGIKUT BUTIRAN DI BAWAH:
TARIKH : 14, 15 DAN 16 JUN 2010
TEMPAT : PULAU PANGKOR
SEGALA PERBELANJAAN DITANGGUNG OLEH PPD - BAS DISEDIAKAN, TAMBANG FERI DISEDIAKAN.
DIMINTA SEMUA PENOLONG KANAN MEMBERI CADANGAN TENTATIF PROGRAM
9:33 AM
Oleh Noor Azimah Romli
bhnews@bharian.com.my
Kementerian berjimat tetapi guru terpaksa keluar wang sendiri hadiri kursus
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Pelajaran mengurangkan Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) sebanyak 50 peratus berikutan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung sendiri guru apabila menghadiri kursus kerana tiada peruntukan disediakan untuk perbelanjaan makanan dan kos pengangkutan.
Buat masa ini semua guru diwajibkan menghadiri kursus Ladap selama 42 jam atau tujuh hari setahun.
Jika kementerian melaksanakan cadangan terbabit bermakna guru hanya wajib hadiri kursus 21 jam saja dan ini dapat membantu mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung guru pada masa ini.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata kementerian sebelum ini melaksanakan dasar penjimatan sehingga terpaksa menyatu perbelanjaan termasuk kursus latihan untuk guru.
"Kementerian sepatutnya mengambil kira semua faktor termasuk kebajikan guru sebelum melaksanakan langkah terbabit.
"Saya sebagai wakil NUTP melahirkan rasa kecewa atas perkembangan ini.
"Selepas kementerian mengumumkan langkah penjimatan terbabit semua pengetua dan guru besar diberi taklimat untuk mengambil langkah penjimatan segera untuk mengurangkan perbelanjaan.
"Kami di pihak guru dikerah menghadiri pelbagai kursus tetapi pada masa sama kami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menanggung perbelanjaan sepanjang kursus," katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan guru yang menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.
Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, tidak ada langsung peruntukan diberikan berbanding sebelum ini yang mana satu kepala diperuntukkan RM9 sehari.
Hashim , berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.
"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu untuk menaik taraf profesionalisme di kalangan guru," katanya dihubungi, semalam.
Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan berharap cadangan terbabit dapat dipertimbangkan oleh kementerian.
"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun perbelanjaan dalam pendidikan bukan kos tetapi satu pelaburan masa depan.
"Kesan catuan akan dapat dilihat pada 5 hingga 10 tahun akan datang dan sudah tentu membabitkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan nanti apabila guru semakin kurang motivasi untuk mengajar serta mendidik," katanya.
Berita Harian Online: 25 Februari 2010
8:41 AM
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
Keputusan larangan langkah terbaik elak perpecahan pelajar
KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pelajaran melarang semua sekolah mengadakan pilihan raya memilih wakil pelajar disambut baik oleh pelbagai pihak dan disifatkan sebagai langkah terbaik mengelakkan perpecahan dan kehidupan berpuak-puak di kalangan pelajar.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata ada banyak cara lain untuk melatih pelajar menghayati erti demokrasi, termasuk melalui ceramah atau taklimat, selain penerapan dalam proses pembelajaran, bukan melalui pilihan raya yang hanya akan mewujudkan semangat berkumpulan.
baca seterusnya
1:12 AM
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “ Noor Mohamad Shakil Hameed, Serdang, Selangor dalam ruangan Surat Kepada Pnegarang (Harian Metro bertarikh 1 Februari 2010 – GURU KIAN TERANCAM.
Kementerian ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan dan tanggungjawab penulis kepada para guru pada masa kini. Sebagai makluman, kementerian sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan semua guru.
baca seterusnya
1:06 AM
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “S.Leong, Ampang, selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang yang tersiar dalam akhbar NEW STRAITS TIMES bertarikh 3 Februari 2010 – FORCING STUDENTS TO SELL ITEMS IS NOT RIGHT.
Sukacita dimaklumkan kementerian mengambil maklum perkara ini dan menghargai pandangan dan cadangan penulis.
Untuk makluman, ingin dijelaskan di sini bahawa mana-mana sekolah sememangnya tidak pernah memaksa murid-murid menjual barang-barang atau mengutip derma diluar kawasan sekolah.
baca seterusnya
1:00 AM
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “ MIDMAN, Gua Musang, Kelantan” dalam ruangan Surat kepada Pengarang - Utusan Malaysia 1 Februari 2010 bertajuk “TELITI LALUAN JADI GURU BESAR”.
Untuk makluman penulis, semua jawatan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan di beri kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari Gred DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.
baca seterusnya
9:19 AM

MEKAR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Y.Bhg Dr. Haji Zahri bin Aziz, D.S.M., A.M.N. di atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 26 Januari 2010 dan selamat tinggal. Jasa dan Baktimu di Negeri Selangor akan kami kenang.

MEKAR mengalu-alukan kedatangan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Sulaiman bin Wak di atas pelantikan sebagai Pengarah Pelajaran Selangor.
JAWATANKUASA MEKAR
Pengerusi
Lutfee Ismail Bin Amir - SK. Seksyen 7, S.Alam
Naib Pengerusi
Abd. Rashid Bin Razali - SK.Alam Megah 3, S.Alam
Setiausaha
Alimah Binti Mohd Taib -SK.Seksyen 20 S.Alam
Naib Setiausaha
Ungku Mariam Bt Ungku Mahmood -SK Sri Selangor,S.Jaya
Bendahari
Yeoh Suat Chu - SK USJ 12 S.Jaya
Naib Bendahari
Zuraida Binti Osman -SK Seksyen 24 S.Alam
Ahli Jawatankuasa
Ishak Bin Kamiju -SK. Seksyen 6 S.Alam
Sapiah Binti Jaffar - SK Subang Bestari
Mohamad Jabir Bin Abd Karim -SK.USJ 20, S.Jaya
Ee Say Chuon -SJKC Serdang Baru 2
Normah Binti Nasir -SK.TUDM Subang
Roziah Binti Abdul Ghani -SK.Subang Jaya
Aminah Binti Sasemen -SK.Seksyen 9 S.Alam
Siti Rohana Binti Bahaman -SKUSJ 2,S.Jaya
Mazli Bin Bojo -SK. Dato' Onn Jaafar
Jamhari Bin Hamid -SK Puchong Utama 3
Juru Audit Dalaman
Norsatilah -SK.Shah Alam
AJK Khas
Too Lee Eng -SK Seafield
Khairi Anuar Bin Mohamed Yusop -SK Seksyen 1 Bdr. Kinrara