KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008

pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah membuka pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015 mulai 1 Mac hingga 30 Mac 2013.

PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI

Guru-guru dikehendaki mengemaskini data e-operasi bermula 1 Mac hingga 20 Mac menggunakan Id dan password masing-masing. Sebarang pembetulan harus dimaklumkan kepada Penolong Kanan Pentabiran atau PK1

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Semua guru dikehendaki mengemaskini TOV 2013 dan pendaftaran Ujian Bulanan 1 bagi sesi 2013 kerana SAPS telah dibuka

TAWARAN BARU KEPADA GURU BESAR

Tahniah kepada sekolah yang berjaya terpilih menerima tawaran baru kepada Guru Besar

Photobucket

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI

KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN SILA EMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN MELALUI mekar2010@yahoo.com

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Tuesday, August 31, 2010

Perutusan Sempena Hari Kebangsaan 2010

Monday, August 23, 2010

Nilai Taraf Ijazah Sarjana Muda Pengajaran OUM

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menerima maklum balas daripada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) bahawa program pengajian Ijazah Sarjana Muda berikut masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan Kerajaan. Klik Disini untuk melihat senarai.

Sehubungan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang lulus ijazah yang dinyatakan di atas dan telah memohon untuk lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, maka permohonan PPPLD itu adalah belum lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan PPPS Gred DG41. SPP memutuskan bahawa permohonan PPPLD yang terlibat adalah dibatalkan dan pegawai dikehendaki memohon semula apabila ijazah berkenaan diiktiraf oleh Kerajaan.

TETAPKAN CUTI SABTU, AHAD

Untuk makluman hari Sabtu Minggu 1 dan ke -3 adalah cuti bagi agensi kerajaan mahupun swasta. Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 dibenarkan agensi menjalankan aktiviti mengikut keperluan. berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 8 Tahun 2005. bertarikh 5 Disember 2005. sila klik disini

KPM menjawab surat Norhisyam dari Kuala Kedah sila klik disini

TOO MANY SCHOOL ACTIVITIES ON SATURDAYS

Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Jake, Penang, published in THE STAR dated 12 August 2010 on the issue of – Too many school activities on Saturdays.

Merujuk kepada Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan bahawa sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan Kokurikulum di sekolah adalah wajib.

Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Berdasarkan subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld 11(29) bertarikh 2 Januari 1985, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam (Badan Beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.

Di dalam Subperkara 5.2 pula menyatakan bahawa penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan kegiatan kokurikulum di sekolah.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1986 KP(BS)8591/Jld 11(41) bertarikh 5 Januari 1986, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu, kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No. 5652 Jld.11/Bil.27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut:

Sekolah Menengah:
Tingkatan Peralihan, 1-3 & 6 - 180 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Sastera/Perdagangan/SRT - 180 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Sains/Pertanian - 140 minit seminggu
Tingkatan 4 & 5 Teknik - 100 minit seminggu

Sekolah Rendah:
Tahun 5 & 6 - 120 minit seminggu
Tahun 3 & 4 - 60 minit seminggu

Walaubagaimana pun, pihak sekolah diberi kebebasan untuk menjadualkan waktu kegiatan kokurikulum sekolah masing-masing mengikut keperluan.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 (Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu) menyatakan bahawa:

•Sekolah-sekolah yang telah Berjaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja hendaklah meneruskannya; dan

•Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima (5) hari bekerja disebabkan faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.

CORPORATE COMMUNICATION UNIT
MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

Sila klik di sini

Pertandingan Melukis Poster dan Buku Skrap - Warga Pendidikan Prihatin Alam Sekitar

Sukacita dimaklumkan bahawa program berkenaan diadakan seperti butiran berikut :-

Penyertaan : Terbuka kepada semua murid sekolah menengah

Tarikh tutup penyertaan : 30 September 2010

Maklumat lanjut sila rujuk lampiran di bawah.

sila klik disini

Monday, August 9, 2010

Persaraan En Irwan Tan

PENGEMASKINIAN DATA e-GTUKAR SESI PERTUKARAN JAN 2011

Semua Sekolah Menengah dan Rendah
PPD Petaling Perdana

Dimaklumkan bahawa proses pengemaskinian data e-gtukar bermula pada 3 Ogos 2010 dan akan tamat pada 14 Ogos 2010. Justeru diminta kepada semua guru penolong kanan satu untuk mengemaskini data berkenaan dengan kadar segera. Sekian.

Harap maklum.

Sila klik

SESI TAMAT PERSEKOLAHAN RAMADHAN 2010

Ditulis oleh Pengurusan Sekolah


Semua sekolah
PPD Petaling Perdana.

Sesi tamat persekolahan pada bulan ramadhan sila rujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1 Tahun 1982.

Harap maklum, sekian.
SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

Marquees

JAWATANKUASA MEKAR

Pengerusi

Lutfee Ismail Bin Amir - SK. Seksyen 7, S.Alam

Naib Pengerusi

Abd. Rashid Bin Razali - SK.Alam Megah 3, S.Alam

Setiausaha

Alimah Binti Mohd Taib -SK.Seksyen 20 S.Alam

Naib Setiausaha

Ungku Mariam Bt Ungku Mahmood -SK Sri Selangor,S.Jaya

Bendahari

Yeoh Suat Chu - SK USJ 12 S.Jaya

Naib Bendahari

Zuraida Binti Osman -SK Seksyen 24 S.Alam

Ahli Jawatankuasa

Ishak Bin Kamiju -SK. Seksyen 6 S.Alam

Sapiah Binti Jaffar - SK Subang Bestari

Mohamad Jabir Bin Abd Karim -SK.USJ 20, S.Jaya

Ee Say Chuon -SJKC Serdang Baru 2

Normah Binti Nasir -SK.TUDM Subang

Roziah Binti Abdul Ghani -SK.Subang Jaya

Aminah Binti Sasemen -SK.Seksyen 9 S.Alam

Siti Rohana Binti Bahaman -SKUSJ 2,S.Jaya

Mazli Bin Bojo -SK. Dato' Onn Jaafar

Jamhari Bin Hamid -SK Puchong Utama 3

Juru Audit Dalaman

Norsatilah -SK.Shah Alam

AJK Khas

Too Lee Eng -SK Seafield

Khairi Anuar Bin Mohamed Yusop -SK Seksyen 1 Bdr. Kinrara