11:12 AM
Tahniah kepada sekolah yang berjaya terpilih menerima tawaran baru kepada Guru Besar. Ganjaran bagi Pengetua dan Guru Besar: Ganjaran berbentuk kewangan dan bukan kewangan akan diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar yang melepasi sasaran. Ganjaran kewangan yang disediakan sebanyak RM 7,500 kepada Pengetua dan Guru Besar yang layak bagi satu-satu penilaian. Ganjaran bukan kewangan disediakan adalah seperti kenaikan pangkat, pemberian sijil penghargaan serta mengikuti program sandaran dalam atau luar negara.
Ganjaran bagi Guru: Bagi Pengetua dan Guru Besar yang layak menerima ganjaran, guru-guru di sekolah tersebut juga layak menerima ganjaran berbentuk kewangan. Sebanyak 5% guru cemerlang akan menerima RM 1,800 dan 90% guru menerima RM 900, manakala baki 5% guru tidak layak menerima apaapa ganjaran berdasarkan prestasi masing-masing. Penetapan guru yang layak menerima ganjaran akan dibuat oleh Pengetua dan Guru Besar.
10:59 AM
Semua guru dikehendaki mengemaskini TOV 2013 dan pendaftaran Ujian Bulanan 1 bagi sesi 2013 kerana SAPS telah dibuka.
10:49 AM
Guru-guru dikehendaki mengemaskini data e-operasi bermula 1 Mac hingga 20 Mac menggunakan Id dan password masing-masing. Sebarang pembetulan harus dimaklumkan kepada Penolong Kanan Pentabiran atau PK1.
10:33 AM
Jabatan Pelajaran Selangor telah membuka pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015 sila klik link
pada gambar di atas.
10:14 AM
T
ransformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah baca seterusnya
JAWATANKUASA MEKAR
Pengerusi
Lutfee Ismail Bin Amir - SK. Seksyen 7, S.Alam
Naib Pengerusi
Abd. Rashid Bin Razali - SK.Alam Megah 3, S.Alam
Setiausaha
Alimah Binti Mohd Taib -SK.Seksyen 20 S.Alam
Naib Setiausaha
Ungku Mariam Bt Ungku Mahmood -SK Sri Selangor,S.Jaya
Bendahari
Yeoh Suat Chu - SK USJ 12 S.Jaya
Naib Bendahari
Zuraida Binti Osman -SK Seksyen 24 S.Alam
Ahli Jawatankuasa
Ishak Bin Kamiju -SK. Seksyen 6 S.Alam
Sapiah Binti Jaffar - SK Subang Bestari
Mohamad Jabir Bin Abd Karim -SK.USJ 20, S.Jaya
Ee Say Chuon -SJKC Serdang Baru 2
Normah Binti Nasir -SK.TUDM Subang
Roziah Binti Abdul Ghani -SK.Subang Jaya
Aminah Binti Sasemen -SK.Seksyen 9 S.Alam
Siti Rohana Binti Bahaman -SKUSJ 2,S.Jaya
Mazli Bin Bojo -SK. Dato' Onn Jaafar
Jamhari Bin Hamid -SK Puchong Utama 3
Juru Audit Dalaman
Norsatilah -SK.Shah Alam
AJK Khas
Too Lee Eng -SK Seafield
Khairi Anuar Bin Mohamed Yusop -SK Seksyen 1 Bdr. Kinrara