KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008

pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah membuka pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015 mulai 1 Mac hingga 30 Mac 2013.

PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI

Guru-guru dikehendaki mengemaskini data e-operasi bermula 1 Mac hingga 20 Mac menggunakan Id dan password masing-masing. Sebarang pembetulan harus dimaklumkan kepada Penolong Kanan Pentabiran atau PK1

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Semua guru dikehendaki mengemaskini TOV 2013 dan pendaftaran Ujian Bulanan 1 bagi sesi 2013 kerana SAPS telah dibuka

TAWARAN BARU KEPADA GURU BESAR

Tahniah kepada sekolah yang berjaya terpilih menerima tawaran baru kepada Guru Besar

Photobucket

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI

KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN SILA EMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN MELALUI mekar2010@yahoo.com

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Monday, March 1, 2010

LADAP 2010

Oleh Noor Azimah Romli
bhnews@bharian.com.my
Kementerian berjimat tetapi guru terpaksa keluar wang sendiri hadiri kursus

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Pelajaran mengurangkan Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap) sebanyak 50 peratus berikutan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung sendiri guru apabila menghadiri kursus kerana tiada peruntukan disediakan untuk perbelanjaan makanan dan kos pengangkutan.

Buat masa ini semua guru diwajibkan menghadiri kursus Ladap selama 42 jam atau tujuh hari setahun.


Jika kementerian melaksanakan cadangan terbabit bermakna guru hanya wajib hadiri kursus 21 jam saja dan ini dapat membantu mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung guru pada masa ini.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata kementerian sebelum ini melaksanakan dasar penjimatan sehingga terpaksa menyatu perbelanjaan termasuk kursus latihan untuk guru.

"Kementerian sepatutnya mengambil kira semua faktor termasuk kebajikan guru sebelum melaksanakan langkah terbabit.

"Saya sebagai wakil NUTP melahirkan rasa kecewa atas perkembangan ini.

"Selepas kementerian mengumumkan langkah penjimatan terbabit semua pengetua dan guru besar diberi taklimat untuk mengambil langkah penjimatan segera untuk mengurangkan perbelanjaan.

"Kami di pihak guru dikerah menghadiri pelbagai kursus tetapi pada masa sama kami terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menanggung perbelanjaan sepanjang kursus," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan guru yang menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, tidak ada langsung peruntukan diberikan berbanding sebelum ini yang mana satu kepala diperuntukkan RM9 sehari.

Hashim , berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu untuk menaik taraf profesionalisme di kalangan guru," katanya dihubungi, semalam.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan berharap cadangan terbabit dapat dipertimbangkan oleh kementerian.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun perbelanjaan dalam pendidikan bukan kos tetapi satu pelaburan masa depan.

"Kesan catuan akan dapat dilihat pada 5 hingga 10 tahun akan datang dan sudah tentu membabitkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan nanti apabila guru semakin kurang motivasi untuk mengajar serta mendidik," katanya.


Berita Harian Online: 25 Februari 2010

PTK 2010

'Pilihan raya di sekolah wujud semangat berpuak'

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
Keputusan larangan langkah terbaik elak perpecahan pelajar

KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pelajaran melarang semua sekolah mengadakan pilihan raya memilih wakil pelajar disambut baik oleh pelbagai pihak dan disifatkan sebagai langkah terbaik mengelakkan perpecahan dan kehidupan berpuak-puak di kalangan pelajar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata ada banyak cara lain untuk melatih pelajar menghayati erti demokrasi, termasuk melalui ceramah atau taklimat, selain penerapan dalam proses pembelajaran, bukan melalui pilihan raya yang hanya akan mewujudkan semangat berkumpulan.

baca seterusnya
SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

Marquees

JAWATANKUASA MEKAR

Pengerusi

Lutfee Ismail Bin Amir - SK. Seksyen 7, S.Alam

Naib Pengerusi

Abd. Rashid Bin Razali - SK.Alam Megah 3, S.Alam

Setiausaha

Alimah Binti Mohd Taib -SK.Seksyen 20 S.Alam

Naib Setiausaha

Ungku Mariam Bt Ungku Mahmood -SK Sri Selangor,S.Jaya

Bendahari

Yeoh Suat Chu - SK USJ 12 S.Jaya

Naib Bendahari

Zuraida Binti Osman -SK Seksyen 24 S.Alam

Ahli Jawatankuasa

Ishak Bin Kamiju -SK. Seksyen 6 S.Alam

Sapiah Binti Jaffar - SK Subang Bestari

Mohamad Jabir Bin Abd Karim -SK.USJ 20, S.Jaya

Ee Say Chuon -SJKC Serdang Baru 2

Normah Binti Nasir -SK.TUDM Subang

Roziah Binti Abdul Ghani -SK.Subang Jaya

Aminah Binti Sasemen -SK.Seksyen 9 S.Alam

Siti Rohana Binti Bahaman -SKUSJ 2,S.Jaya

Mazli Bin Bojo -SK. Dato' Onn Jaafar

Jamhari Bin Hamid -SK Puchong Utama 3

Juru Audit Dalaman

Norsatilah -SK.Shah Alam

AJK Khas

Too Lee Eng -SK Seafield

Khairi Anuar Bin Mohamed Yusop -SK Seksyen 1 Bdr. Kinrara