KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008

pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah membuka pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2014 / 2015 mulai 1 Mac hingga 30 Mac 2013.

PENGEMASKINIAN DATA E-OPERASI

Guru-guru dikehendaki mengemaskini data e-operasi bermula 1 Mac hingga 20 Mac menggunakan Id dan password masing-masing. Sebarang pembetulan harus dimaklumkan kepada Penolong Kanan Pentabiran atau PK1

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Semua guru dikehendaki mengemaskini TOV 2013 dan pendaftaran Ujian Bulanan 1 bagi sesi 2013 kerana SAPS telah dibuka

TAWARAN BARU KEPADA GURU BESAR

Tahniah kepada sekolah yang berjaya terpilih menerima tawaran baru kepada Guru Besar

Photobucket

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI

KEPADA SEMUA PENOLONG KANAN SILA EMAILKAN SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN MELALUI mekar2010@yahoo.com

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK

Monday, February 15, 2010

GURU KIAN TERANCAM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “ Noor Mohamad Shakil Hameed, Serdang, Selangor dalam ruangan Surat Kepada Pnegarang (Harian Metro bertarikh 1 Februari 2010 – GURU KIAN TERANCAM.

Kementerian ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan dan tanggungjawab penulis kepada para guru pada masa kini. Sebagai makluman, kementerian sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan semua guru.

baca seterusnya

FORCING STUDENTS TO SELL ITEMS IS NOT RIGHT

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “S.Leong, Ampang, selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang yang tersiar dalam akhbar NEW STRAITS TIMES bertarikh 3 Februari 2010 – FORCING STUDENTS TO SELL ITEMS IS NOT RIGHT.

Sukacita dimaklumkan kementerian mengambil maklum perkara ini dan menghargai pandangan dan cadangan penulis.

Untuk makluman, ingin dijelaskan di sini bahawa mana-mana sekolah sememangnya tidak pernah memaksa murid-murid menjual barang-barang atau mengutip derma diluar kawasan sekolah.

baca seterusnya

TELITI LALUAN JADI GURU BESAR

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “ MIDMAN, Gua Musang, Kelantan” dalam ruangan Surat kepada Pengarang - Utusan Malaysia 1 Februari 2010 bertajuk “TELITI LALUAN JADI GURU BESAR”.

Untuk makluman penulis, semua jawatan Guru Besar di sekolah rendah merupakan jawatan-jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34. Memandangkan ia adalah jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi PPPLD, maka seharusnya keutamaan di beri kepada PPPLD yang layak dan telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bagi pemangkuan dari Gred DGA29 ke Gred DGA32 dan dari Gred DGA32 ke DGA34 untuk mengisi kekosongan yang berlaku.

baca seterusnya

Wednesday, February 10, 2010

TAHNIAH DAN SYABAS



MEKAR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Y.Bhg Dr. Haji Zahri bin Aziz, D.S.M., A.M.N. di atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 26 Januari 2010 dan selamat tinggal. Jasa dan Baktimu di Negeri Selangor akan kami kenang.




MEKAR mengalu-alukan kedatangan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Sulaiman bin Wak di atas pelantikan sebagai Pengarah Pelajaran Selangor.

Tuesday, February 9, 2010

PERUTUSAN PENGERUSI MEKAR 2010





USTAZ LUTFEE ISMAIL BIN AMIR
PENGERUSI MEKAR


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta ditujukan khas kepada semua penolong kanan di seluruh daerah petaling perdana.

tuan-tuan dan puan-puan,

Saya ingin menarik perhatian untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penolong kanan yang telah bersama-sama Guru Besar meneruskan agenda mentadbir sekolah dengan penuh semangat dan tidak pernah jemu.

Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.

Oleh itu, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama menggunakan blog kita iaitu http://mekarperdana.blogspot.com sebagai tempat berinteraksi selain mencari bahan berguna.

Sekian terima kasih

Kursus Gaya Hidup Sihat Unit HEM

PERMOHONAN PENUBUHAN MAJLIS PERMUAFAKATAN


MAJLIS PERMUAFAKATAN
PENOLONG KANAN RENDAH
d/a PERSIARAN KUALA LANGAT,
SEKSYEN 27, 40400 SHAH ALAM, SELANGOR


Telefon: 03-5196879
Fax : 03-59111671


Bil(01)dlmMPPKR01/01/001
13 April 2009

Kepada,

Pegawai pelajaran Daerah Petaling
Negeri Selangor Darul Ehsan.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENUBUHAN MAJLIS PERMUAFAKATAN
PENOLONG KANAN PETALING (MPPKR)


Merujuk kepada pertemuan perwakilan kami dengan pihak tuan pada 21 Disember 2004, MPPKR mengucapkan teriam kasih atas kesudian pihak tuan memberikan nasihat dan pandangan berhubung penubuhan Majlis permuafakatan Penolong Kanan Rendah Daerah Petaling.

2. Sehubungan dengan itu, bagi merestui penubuhan majlis tersebut, pihak kami memerlukan surat perkenan daripada pihak tuan agar kami dapat memanjangkan penubuhannya kepada Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.

3. Bersam-sama ini dilampirkan senarai AJK dan salinan draf perlembagaan MPPKR untuk rujukan tuan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan dalam perkaa ini didahului dengan ucapan teriam kasih.

Sekian, dimaklumkan

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,




(LUTFEE ISMAIL AMIR)
Pengerusi penaja
Majlis permuafakatan Penolong Kanan Rendah
Daerah petaling.

KEPIMPINAN (LEADERSHIP)

KONSEP

- Fungsi kumpulan
- Pemimpin sengaja cari jalan mempengaruhi tingkahlaku orang lain

KUASA

PEMIMPIN

Diberi secara sukarela oleh pengikut-pengikut

PENGARAH

Kuasa autoriti yang memberi hak membuat arahan

KUASA

Definisi
Kebolehan untuk mempengaruhi orang lain

JENIS KUASA

- Kuasa ganjaran (reward power)
- Kuasa paksaan (coercive power)
- Kuasa kepakaran (expert power)
- Kuasa perundangan (legitimate power)
- Kuasa rujukan (referent power)

PANDANGAN PENGIKUT TERHADAP PEMIMPIN

* Pendorong
* Membangkitkan komitmen
* Mengatur suasana kerja
* Memudah kerja-kerja

JENIS KEPIMPINAN

i Transactional Leadership
ii Transformational Leadership
iii Moral Leadership
iv Servant Leadership
diasaskan oleh Max De Pree – pemimpin adalah seorang yang
mengabdikan dirinya kepada pengikut


KEPIMPINAN PENGAJARAN (INSTRUCTIONAL LEADERSHIP)

Berasaskan teori bahawa pemimpin menggunakan:-
- Pengalaman
- Latihan
- Kemahiran
untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah

FOKUS PEMIMPIN PENGAJARAN

i Mempertingkatan pengajaran dan pembelajaran dengan:
- membantu guru mempertingkatkan pengajaran di dalam kelas
- mengutamakan pencapaian pelajar

ii Melalui pencerapan

ENAM KEBOLEHAN PEMIMPIN PENGAJARAN

- kebolehan merancang dan mengatur kerja
- kebolehan bekerja dengan dan memimpin orang lain
- kebolehan menganalisis masalah dan membuat keputusan
- kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis
- kebolehan memahami keperluan dan mengambil berat terhadap orang lain
- kebolehan bertindak di bawah tekanan

PKKS (II) – STAF SOKONGAN

BAHAGIAN III – PENGHASILAN KERJA (50%)

1. KUANTITI HASIL KERJA
2.1 KUALITI HASIL KERJA – SEMPURNA, TERATUR & KEMAS
2.2 KUALITI HASIL KERJA – USAHA & INISIATIF UNTUK SEMPURNA
3. KETEPATAN MASA
4. KEBERKESANAN HASIL KERJA

BAHAGIAN IV – KUALITI PERIBADI (25%)

1. KEBOLEHAN MENGELOLA
2. DISIPLIN
3. PROAKTIF & INOVATIF
4. JALINAN HUBUNGAN & KERJASAMA

BAHAGIAN V – PENGETAHUAN & KEMAHIRAN (20%)

1. ILMU PENGETAHUAN & KEMAHIRAN DLM BIDANG KERJA
2. PELAKSANAAN DASAR, PERATURAN & ARAHAN PENTADBIRAN
3. KEBERKESANAN KOMUNIKASI

BAHAGIAN VI – KEGIATAN & SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI (5%)

PERINGKAT KOMUNITI/ JABATAN/ DAERAH/ NEGERI/ NEGARA/ ANTARABANGSA

PKKS (I) – PPP BUKAN SISWAZAH

BAHAGIAN III – PENGHASILAN KERJA (50%)

1. KUANTITI HASIL KERJA
2.1 KUALITI HASIL KERJA – SEMPURNA, TERATUR & KEMAS
2.2 KUALITI HASIL KERJA – USAHA & INISIATIF UNTUK SEMPURNA
3. KETEPATAN MASA
4. KEBERKESANAN HASIL KERJA

BAHAGIAN IV – PENGETAHUAN & KEMAHIRAN (25%)

1. ILMU PENGETAHUAN & KEMAHIRAN DLM BIDANG KERJA
2. PELAKSANAAN DASAR, PERATURAN & ARAHAN PENTADBIRAN
3. KEBERKESANAN KOMUNIKASI

BAHAGIAN V – KUALITI PERIBADI (20%)

1. KEBOLEHAN MENGELOLA
2. DISIPLIN
3. PROAKTIF & INOVATIF
4. JALINAN HUBUNGAN & KERJASAMA

BAHAGIAN VI – KEGIATAN & SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI (5%)

PERINGKAT KOMUNITI/ JABATAN/ DAERAH/ NEGERI/ NEGARA/ ANTARABANGSA

PKPP - PPP SISWAZAH

BAHAGIAN III – PENGHASILAN KERJA (50%)

1. KUANTITI HASIL KERJA
2.1 KUALITI HASIL KERJA – SEMPURNA, TERATUR & KEMAS
2.2 KUALITI HASIL KERJA – USAHA & INISIATIF UNTUK SEMPURNA
3. KETEPATAN MASA
4. KEBERKESANAN HASIL KERJA

BAHAGIAN IV – PENGETAHUAN & KEMAHIRAN (25%)

1. ILMU PENGETAHUAN & KEMAHIRAN DLM BIDANG KERJA
2. PELAKSANAAN DASAR, PERATURAN & ARAHAN PENTADBIRAN
3. KEBERKESANAN KOMUNIKASI

BAHAGIAN V – KUALITI PERIBADI (20%)

1. CIRI-CIRI PEMIMPIN
2. KEBOLEHAN MENGELOLA
3. DISIPLIN
4. PROAKTIF & INOVATIF
5. JALINAN HUBUNGAN & KERJASAMA

BAHAGIAN VI – KEGIATAN & SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI (5%)

PERINGKAT KOMUNITI/ JABATAN/ DAERAH/ NEGERI/ NEGARA/ ANTARABANGSA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI

KRITERIA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN UNTUK PENILAIAN


>1. PENGHASILAN KERJA (WAJARAN 50%)

1.1 KUANTITI HASIL KERJA
(jumlah, bilangan, kadar, kekerapan)
1.2 KUALITI HASIL KERJA
(kesempurnaan, teratur, kemas)
1.3 KETEPATAN MASA
(dapat melaksanakan tugas dalam tempoh masa yang ditetapkan)
1.4 KEBERKESANAN HASIL KERJA
(memenuhi kehendak pelanggan)

2. PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN (25%)

2.1 ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KERJA
(meliputi kebolehan mengenalkan, menganalisis serta menyelesaikan masalah)
2.2 PELAKSANAAN DASAR, PERATURAN DAN ARAHAN PENTADBIRAN
(kebolehan menghayati dan melaksanakan dasar, peraturan dan arahan
pentadbiran berkaitan dengan bidangnya)
2.3 KEBERKESANAN KOMUNIKASI
(menggunakan tatabahasa dan persembahan yang baik)

3. KUALITI PERIBADI (WAJARAN 20%)

3.1 CIRI-CIRI PEMIMPIN - hanya untuk PPP Siswazah
(berwawasan, komited, boleh buat keputusan, boleh menggerak dan
mendorong pegawai lain)
3.2 KEBOLEHAN MENGELOLA
(menggembleng segala sumber bagi merancang, mengatur, membahagi
dan mengendali tugas)
3.3 DISIPLIN
(mempunyai daya kawal diri dari segi mental dan fizikal termasuk
mematuhi peraturan, menepati masa, menunai janji dan sabar)
3.4 PROAKTIF DAN INOVATIF
(boleh membuat jangkaan, mencipta dan mengeluarkan idea baru)
3.5 JALINAN HUBUNGAN DAN KERJASAMA
(boleh mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni, mesra dan
boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan)

4. KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI (WAJARAN 5 %)
PERINGKAT KOMUNITI/ JABATAN/ DAERAH/ NEGERI/ NEGARA/ ANTARABANGSA

Monday, February 8, 2010

Tugas Guru Besar

A. Pengurusan Kurikulum Dan Ko Kurikulum

1. Mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan akademik kepada staf.
2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum atau Panitia Mata Pelajaran
3. Merancang Jadual Waktu.
4. Menyediakan takwim akademik sekolah
5. Menyelia pengajaran dan pembelajaran (P & P)
6. Menyemak buku rancangan pelajaran
7. Menyediakan panduan dan perincian tugas-tugas kepada staf
8. Merancang program sokongan akademik
9. Merancang pelbagai kegiatan berkaitan dengan kurikulum
10. Menyenaraiutamakan pelbagai kegiatan berkaitan dengan kokurikulum
11. Menetapkan sasaran akademik untuk tahun semasa.

B. Pengurusan Kewangan, Kemudahan dan Sumber

1. Mengenalpasti keperluan-keperluan sekolah.
2. Memastikan stok sentiasa kemaskini
3. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan yang ada
4. Memastikan kemudahan dan kelengkapan diselenggarakan dengan baik

C. Pengurusan Tenaga Pengajar Dan Kakitangan

1. Mengubal Carta Organisasi Sekolah
2. Menetapkan tugas-tugas staf
3. Menwujudkan budaya dan etika kerja yang cemerlang
4. Menyelia kemajuan dan prestasi staf
5. Merancang dan melaksanakan program pembangunan staf

D. Pengurusan Kebajikan Pelajar

1. Menyediakan kemudahan asas akademik dan bukan akademik
2. Menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar
3. Mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling
4. Menggunkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar
5. Meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar

E. Pengurusan Perhubungan Dalaman Dan Luaran

1. Mewujudkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum
2. Menubuh dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
3. Menjalinkan perhubungan yang bermakna di antara sekolah dengan
pelbagai institusi Kementerian Pendidikan atau agensi-agensi luar

Tugas Penolong Kanan Petang

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan yang sewajarnya.

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum
1. Mengagihkan tugas-tugasan akademik kepeda guru-guru
2. Menyelaras atau mengendalikan mesyuarat ketua panitia
3. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu
4. Menyemak dan menandatangani buku rekod persediaan mengajar guru sesi petang
5. Mengurus hal-hal peperiksaan dalaman-bulanan, hujung penggal dan hujung tahun
6. Merancang program sokongan bagi kemajuan akademik
7. Menguruskan “sit-in” dari semasa ke semasa atau apabila diperlukan.

C. Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian

1. Menyemak kehadiran ahli-ahli staf sesi petang.
2. Menyelia khidmat bimbingan dan kaunseling
3. Mengurus data dan maklumat bagi perancangan pembangunan sekolah secara amnya.
4. Mengendalikan perhimpunan mingguan sesi petang
5. Merancang program pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar.

D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Disiplin dan Kebajikan Murid

1. Mengoptimumkan kegunaan kemudahan dan kelengkapan sedia ada
2. Mengawas keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid-murid sesi petang
3. Mengemaskinikan pelbagai rekod kes-kes disiplin murid sesi petang
4. Mengendalikan kes-kes kecemasan atau salahlaku murid sesi petang
5. Mengendalikan kes-kes perpindahan murid

E. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf

1. Menyelia tugas-tugas guru dan kakitangan sesi petang
2. Menyelaraskan jadual waktu guru-guru pelatih atau guru baru
yang baru berpindah
3. Menyelia kelas-kelas pemulihan.
4. Menagihkan tugas-tugas kepada staf bukan guru sesi petang

F. Membantu Guru Besar dalam Tugas-tugas Lain

1. Menjalankan tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar
2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.
3. Menganggotai mana-mana jawatankuasa perbadanan dalam sekolah..

Tugas Penolong Kanan Kokurikulum

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.
3. Membimbing pelajar memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum

1. Merancang, menyelaras dan mengubal hal-hal kurikulum
2. Merancang, menyusun dan menyelia kerja-kerja akademik
3. Merancang dan menyelaras penyertaan pelbagai kegiatan akademik
dengan pihak luar

C. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kokurikulum

1. Menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas
aktiviti-aktiviti kokurikulum
2. Menyelenggara dan merekod kelengkapan serta kemudahan kokurikulum
3. Mengoptimumkan penggunaan kelengkapan dan kemudahan sedia ada
4. Merancang dan menjadualkan kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun
5. Menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan institusi/perbadanan luar
6. Mempengerusikan mesyuarat yang berhubung kait dengan hal-hal kokurikulum

D. Membantu Guru Besar Dalam Perhubungan Awam

1. Menjalinkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum
2. Mempergiatkan aktiviti-aktiviti anjuran PIBG dengan pihak Ibubapa .
3. Menjalinkan hubungan baik dengan ibubapa secara langsung

E. Membantu Guru Besar Dalam Pentadbiran Harian

1. Menyemak kehadiran staf
2. Mengawal disiplin, keselamatan dan kebajikan pelajar
3. Melayan tetamu semasa ketiadaan Guru Besar.
4. Mengurus maklumat dan data rasmi sekolah

F. Membantu Guru Besar Dalam Tugas-tugas Lain

1. Menjalankan tugas-tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar
2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.
3. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
4. Beranggungjawab tentang lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
5. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah
6. Melaksanakan tugas-tugas lain atas arahan Guru Besar atau
Jabatan Pendidikan dari masa kesemasa.

Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar

1. Menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid
2. Mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid
3. Mengurus bentuk bantuan kebajikan murid seperti:
- Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
- Pelbagai Biasiswa
- Bantuan Khas Pakaian Seragam/kasut/beg tajaan Kementerian Pendidikan
- Bantuan cermin mata tajaan Kementerian Pendidikan atau Persatuan Orang Buta
- Lain-lain bantuan khas bagi murid-murid miskin

4. Mengurus dan mengemaskinikan pelbagai rekod kebajikan murid
5. Membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah
6. Mengendalikan kes-kes disiplin murid
7. Mengurus hal-hal makanan, minuman dan kebersihan kantin sekolah
8. Menguruskan hal-hal Projek susu.

C. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan Pendaftaran Pelajar

1. Mengendalikan pendaftaran murid-murid Tahun Satu
2. Menempatkan pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain
3. Menguruskan perpindahan murid

D. Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam

1. Mewujudkan hubungan harmonis dengan masyarakat umum
2. Mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)
3. Menjalainkan hubungan mesra dengan ahli-ahli staf kedua sesi pagi dan petang

E. Membantu Guru Besar dalam Tugas Tugas Lain

1. Menguruskan hal Ehwal murid/kebajikan murid
2. Menyelia kemudahan rawatan murid
3. Menyediakan peralatan teknologi pendidikan
4. Menentukan bahan Pusat Sumber dan Bacaan murid
5. Mengganggotai jawatankuasa perbadanan dalam sekolah
6. Mewakili Guru Besar menghadiri mesyuarat, taklimat dan majlis rasmi
7. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dan Kementerian Pendidikan dari masa kesemasa.

Tugas Penolong Kanan

A. Mengajar

1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran
2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan
3. Membimbing pelajar memprolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.
4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan.

B. Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum
1. Membantu Guru Besar dalam pengagihan tugas-tugas akademik kerpada staf
2. Menyelaras pengendalian mesyuarat panitia mata pelajaran
3. Menyelia dan megemaskinikanjadual waktu tahunan.
4. Menyelia dan mengemaskinikan jadual waktu.
5. Membantu Guru Besar menyemak dan menandatangani
Buku Rekod Persediaan mengajar.
6. Membantu Guru Besar mengurus hal-hal peperiksaan dalaman, UPSR dan kelompok
7. Membantu Guru Besar merancang program sokongan akademik
8. Berinteraksi dengan Penyelia Petang dalam hal-hal akademik dan bukan akademik

C. Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian.


1. Menyemak kehadiran staf
2. Mengurus data dan maklumat
3. Mengawal disiplin pelajar
4. Mewakili Guru Besar menghadiri taklimat?majlis rasmi

D. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf

1. Menyelia kerja-kerja staf
2. Melaksanakan pembangunann staf
3. Menilai prestasi sasaran kerja tahunan staf

E Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber

1. Menentukan bekalan kemudahan asas mencukupi
2. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan dan kelengkapan sedia ada
3. Menyelenggara kemudahan dan kelengkapan

F Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain

1. Membimbing guru-guru baru/pelatih/sandaran dalam mengendalikan
tugas-tugas mereka
2. Menyelia kegiatan-kegiatan bimbingan dan kelas-kelas pemulihan
3. Membantu dalam perancangan takwim akademik tahunan sekolah
4. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
5. Mengurus hal-hal bangunan, keceriaan, keselamatan dan ketenteraman sekolah
6. Melaksanakan arahan-arahan atau tugasan-tugasan lain seperti
yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan atau pihak atasan
lain dari masa kesemasa.

Sunday, February 7, 2010

SELAMAT DATANG

Kepada semua pengunjung:

Selamat Datang ke Blog Mekar Petaling Perdana 2010
SELAMAT DATANG KE BLOG MAJLIS PEMUAFAKATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH PETALING PERDANA

Marquees

JAWATANKUASA MEKAR

Pengerusi

Lutfee Ismail Bin Amir - SK. Seksyen 7, S.Alam

Naib Pengerusi

Abd. Rashid Bin Razali - SK.Alam Megah 3, S.Alam

Setiausaha

Alimah Binti Mohd Taib -SK.Seksyen 20 S.Alam

Naib Setiausaha

Ungku Mariam Bt Ungku Mahmood -SK Sri Selangor,S.Jaya

Bendahari

Yeoh Suat Chu - SK USJ 12 S.Jaya

Naib Bendahari

Zuraida Binti Osman -SK Seksyen 24 S.Alam

Ahli Jawatankuasa

Ishak Bin Kamiju -SK. Seksyen 6 S.Alam

Sapiah Binti Jaffar - SK Subang Bestari

Mohamad Jabir Bin Abd Karim -SK.USJ 20, S.Jaya

Ee Say Chuon -SJKC Serdang Baru 2

Normah Binti Nasir -SK.TUDM Subang

Roziah Binti Abdul Ghani -SK.Subang Jaya

Aminah Binti Sasemen -SK.Seksyen 9 S.Alam

Siti Rohana Binti Bahaman -SKUSJ 2,S.Jaya

Mazli Bin Bojo -SK. Dato' Onn Jaafar

Jamhari Bin Hamid -SK Puchong Utama 3

Juru Audit Dalaman

Norsatilah -SK.Shah Alam

AJK Khas

Too Lee Eng -SK Seafield

Khairi Anuar Bin Mohamed Yusop -SK Seksyen 1 Bdr. Kinrara